Jalan cerita Oliver Twist (filem 2005)

Berlatarbelakangkan kurun ke -19, kisah ini berkisar tentang seorang anak yatim bernama Oliver Twist, yang diselamatkan daripada bekerja sebagai tukang sapu menara asap apabila En. Sowerberry yang baik hati menawarkan beliau untuk bekerja sebagai perantis pembuat keranda. Selepas diuji dengan pelbagai hinaan lisan tanpa henti-henti oleh Pn. Sowerberry dan dibuli oleh pembantu kanan Noah Claypole, Oliver melarikan diri dan membawa diri dengan berjalan kaki sejauh tujuh puluh batu ke London. Di sana Oliver bertemu dengan Jack Dawnkins, dikenali sebagai Artful Dodger, yang menawarkan beliau dengan makanan dan tempat tinggal bersama-sama Fagin, ketua sekumpulan budak lelaki yang dilatih sebagai penyeluk saku.

Oliver telah dituduh mencuri sapu tangan sutera milik Orang Kaya Brownlow, dan apabila beliau dibuktikan tidak bersalah, orang kaya itu membawa beliau ke rumah agam miliknya dan memberikannya pakaian baru dan berjanji memberikan Oliver pendidikan yang baik. Fagin dan pembantunya, Bill Sikes, bimbang budak tersebut akan mengenali mereka, dan apabila Oliver sedang dalam perjalanan dia telah direntap oleh Sikes dan Nancy, seorang pelacur muda yang tinggal bersamanya, dan kedua-dua mereka menyakinkan mereka yang berdiri di tepi jalan bahawa dia (Oliver) adalah seorang orang buruan. Mereka mengembalikannya ke tempat persembunyian Fagin, di mana dia diletakkan dalam pemerhatian ketat sehinggalah Sikes dan kroninya Toby Crackit memaksa Oliver membantu mereka merompak rumah Encik Bronlow pada lewat malam. Oliver cuba melepaskan diri dan ditembak di lengannya oleh Sikes, yang mengakibatkan ketiga-tiga mereka melarikan diri, rompakan akhirnya terbatal.

Nancy, yang merasa kasihan kepada Oliver, pergi ke rumah Encik Brownlow and memberitahu penjaga rumah iaitu Puan Bedwin agar meminta Tuannya bertemu dengan Nancy di Jambatan London pada waktu tengah malam. Tanpa menyedari Artful Dodger mengekorinya atas arahan Fagin, dia memberitahu Encik Brownlow bahawa Oliver telah dikurung dan yakin bahawa pihak polis tahu dimana hendak mencari Fagin seterusnya budak tersebut. Sikes mendapat tahu akan pembelotan Nancy dan memukulnya dengan teruk sehingga mati. Ketika pihak polis sedang memburu dirinya, Fagin dan Oliver, mereka semua bersembunyi di tempat Toby Crackit, tetapi anjing milik Sikes bernama Bullseye telah membantu pihak polis menemui tempat persembunyian mereka. Sikes cuba meloloskan diri bersama-sama Oliver sebagai tebusan, tetapi secara tak sengaja tergantung dirinya, dan budak tersebut terselamat.

Sekali lagi, Oliver yang kini tinggal dengan selamat bersama Encik Brownlow, telah meminta beliau membawanya berjumpa telah Fagin, yang dihukum ke tali gantung akibat jenayah yang dilakukakannya. Meskipun lelaki tua keparat itu sedang mengalami ketidakstabilan mental, dia masih lagi mengenali Oliver dan memeluknya. Budak tersebut, yang masih mengingati Fagin sebagai orang yang pernah menjaganya dengan baik, merayu-rayu kepada pegawai atasan penjara agar membebaskan lelaki tua itu. Encik Brownlow mengiringi Oliver balik ke kereta kudanya dan kembali ke rumah, sambil membiarkan Fagin menunggu detik-detik taqdirnya

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Oliver Twist (filem 2005) http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=olivertwis... http://www.ew.com/ew/article/review/movie/0,6115,1... http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://www.imdb.com/title/tt0380599/ http://www.metacritic.com/film/titles/olivertwist http://movies.nytimes.com/2005/09/23/movies/23oliv... http://www.rollingstone.com/reviews/movie/6824465/... http://www.rottentomatoes.com/m/10005499-oliver_tw... http://www.sfgate.com/cgi-bin/article.cgi?f=/c/a/2... http://www.sonypictures.com/movies/olivertwist/